TERGEMPAR!! Ibu Thaqif Mula Disiasat Walaupun Pembantu Warden Telah Ditahan


 Ibu  pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden madrasah itu, telah dipanggil memberi keterangan  kepada polis di sini, hari ini.

Bapa Allahyarham, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, berkata keterangan isterinya Felda Wani Ahmad, 40, itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada sebelah pagi.

Ia bagi membantu siasatan kes kematian anaknya  itu yang kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh, katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah bapanya  di Felda Bukit Aping Timur di sini, hari ini.

Kata Mohd Gaddafi, dia dan anggota keluarganya  sudah reda dengan pemergian Allahyarham namun masih merinduinya.

"Saya juga ada berasa tidak puas hati kerana ada sesetengah pihak yang menyalahkan saya dan ibunya. Nasib baik masa arwah sakit, dia sempat memberi keterangan kepada polis dan doktor tentang kesakitan yang dialami dan bagaimana dia dipukul.

Dia ini budak, dia tidak akan berbohong," katanya.

Felda Wani  berkata, dia tidak menyalahkan pihak  madrasah dalam kes kematian anaknya, jauh sekali ingin menuding jari pada sesiapa.

"Benda (siasatan kes) ini sedang berjalan tetapi laporan yang saya buat itu berdasarkan kepada apa yang dia (Allahyarham) cakap.

"Kita pun bukan hendak menuding jari pada sesiapa, cuma hendak cari jalan terbaik... anak saya pun sudah tiada, hendak buat apa? Bukan dia boleh kembali. Semua yang berlaku  adalah perancangan Allah dan Allahyarham  menjadi pilihanNya," katanya.

Felda Wani berkata sebagai ibu yang menyaksikan sendiri kesakitan ditanggung anaknya, dia hanya mampu menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis dan bekerjasama dengan sebaiknya.

"Kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Mungkin anak saya ada sakit ke apa, kita tidak tahu. Jadi, kami sekeluarga sedang memberi kerjasama untuk siasatan," katanya.

Mohamad Thaqif Amin, 11, yang dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dilaporkan dipukul pembantu warden sekolahnya, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail dekat sini pada petang Rabu. - Bernama

No comments:

Post a Comment