Kisah Seram di VivaCity Mall, Kuching





Hi. Salam kepada semuanya. Terima kasih kepada admin. Aku Patricia (dari Bau dan merupakan pelajar universiti di Sarawak) aku ingin menceritakan kisah seram yang berlaku kepada kami berempat (kak Dyla, Siti dan Ayu) semasa ke Vivacity. Maaflah andai cerita ni belum ditahap yang menyeramkan. Tapi buat kami berempat dah cukup bergegar kepala lutut bila teringat kembali kisah tersebut. Kejap mau rewind balik sebab dah lamak kalau ada part yang lupa. Baru free mau mengarang.
Kisahnya begini. Kami berempat memang plan nak shopping maklumlah hari tu cun-cun sale di Padini VivaCity. Tarikh hari tu 28 April (masih ingat lagi). Berjalanlah kami empat sampai ke VivaCity. Shopping sakan angkut barang sampai tak ingat dunia. Hari tu cun-cun kami balik belah petang tapi belum maghrib lagi.
Oh ya lupa aku, sebelum kami keluar dari kereta, si Siti ni ada remind aku suruh snap gambar block parking kreta takut lupa. Tapi sumpah ! Aku langsung tak dengar apa-apa pun perkataan yang keluar dari mulut Siti. Sebab ini baru pertama kali kami keluar berempat ke VivaCity. Taulah tu satu-satunya mall paling besar. Berpusing-pusing pula kami cari tempat parking sampai tak sedar dah naik paling atas. Antara kami empat, Siti la orang yang boleh diharap bila bab mengingat. Sebab bila disuruh mengingat block parking memang tak pernah salah..
Ok dipendekkan cerita. Bila kami selesai shopping sakan. Keluar la kami cari lift keluar. Ha ! Ni yang peliknya. Bila kami tanya Siti level mana kita parking tadi? Dia asyik-asyik sebut parking level 29. Sumpah ! Berpuluh-puluh kali dia sebut level 29. Kami ulang alik masuk keluar turun naik kiri kanan berpusing-pusing masih tempat yang sama. Masuk lift lagi keluar tempat yang sama. Kami pelik sebab sebelum ni Siti tak pernah salah. Bila dia mengingat pasti tepat apa yang dia sebut. Tapi kali ini memang lain.
Kami keluar menemui security guard di depan lift utk bertanya. Namun hampa ! Dia sendiri pun tak tahu. Last-last kami cari inisiatif sendiri. Tahulah kan shopping mall tu punya la besar. Mana lagi nak cari. First ingat kereta kak Dyla hilang kena curi. HAHAA ! Kami berpusing-pusing cari jalan masih sama juga. Tak jumpa juga. Sampaikan kami masuk ke sebuah lorong. Ianya sangat gelap, berdebu, berbau. Tempatnya sangat kotor seolah-olah untuk tempat orang tidur atas kotak. Kami pun tak pasti. Kami tak peduli yang penting dapat jalan keluar. Naik turun tangga macam orang gila dah. Kami keluar dari lift jumpa lagi security guard yang sama tapi dia macam pandang kami pelik. Rasanya kalau orang tengok kami dalam CCTV memang macam orang gila tak keruan (hahaha).
Yang peliknya, sepanjang kami masuk keluar lift kami langsung tak bertembung dengan mana-mana orang pun. Sebelum itu ada la bertembung dengan pekerja sana tu pun dia pandang kami macam pelik. Macam ada sesuatu yang tak kena. Bila kami keluar lift, kami terjumpa pintu aneh masa tu otak kami dah berfikir lain “macam ada yang tak kena”, ” something wrong”. Rasa tak sedap hati. Bulu terangkat tiba-tiba. Masa itu baru kami sedar tah-tah kami kena ‘main’. Kami tengok jam handphone almost 630pm . Ya Tuhan rupa-rupanya kami sesat dalam tu main-main lift dah dekat 2jam tanpa sedari. Aku dah mulai takut. Aku berdoa minta Tuhan tunjukkan jalan keluar. Rasa mahu nangis ada juga tapi untung kami berempat, kalau aku sorang memang taklah.
Last choice. Kami berempat berbincang better jalan kaki dari luar mana tahu dapat jalan keluar. Bila kami jalan kaki di lorong parking lot tu, yang herannya, kami parking di C28 tapi yang ada C25, C26, C27, terus melangkah ke C29, C30. Persoalannya, di manakah C28 ?? Kami berpandangan sesama sendiri. Rasa takut ada pula. Terus kami berlari masuk semula ke dalam tempat lift. Buntu sudah di manakah kereta kami ? Itu persoalannya. Kami tak tahu sama ada nak gelak ka takut ka masa itu. Sebab dalam takutnya, lucu juga ada. Bayangkan dah dekat 630pm sudah means 2 jam kami sesat berpusing-pusing tempat yang sama. Ya Tuhan !
Bila kami plan mau masuk balik ke dalam mall, dalam lift kami diam jak tak bercakap pun. Siti berdoa baca 3 Qul dan bila kami keluar sahaja dari lift, betapa gembiranya bila mata kami terpandang Axia kuning miliknya kak Dyla. Ya Tuhan masa itu dah kat mana hati kami. Gembira juga ada, seram, lucu semua bercampur. Kami ketawa macam orang gila dalam kereta. Lepas tu, Siti bagitau, “nah kan aku dah padah tek nombor 27 ba kita orang tekan-tekan nombor 29”. “Ya aku pelik”, kami sampai berbalah dalam kereta. Nak bergaduh juga. Hahaha ! Sedangkan Siti dari tadi sebut nombor 29 takkan dia tak sedar ? Itulah memang kami kena ‘main’ habis- habisan hari tu. Siti yang kena sebab dia tahu Siti jenis yang mengingat so memang ‘dia’ dah aim Siti supaya sesatkan kami HHAHAA.. Dalam fikiran Siti nombor 27 tapi dia sebut 29.
Ini last suda mau datang sini. Memang menyeramkan bah. Jadi, aku ingin jadikan ni sebagai pengajaranlah buat kita semua. Baca doa dulu sebelum keluar ke mana-mana. Kalau nak kejar sale pun ingat juga nak berdoa. Mungkin kisah ini belum menyeramkan buat anda tapi ia sangat menyeramkan buat kami yang menghadapinya sendiri. Lebih-lebih lagi bila teringat ‘disesatkan’ selama 2 jam sehingga maghrib baru jumpa jalan keluar. Dahla melalui lorong seram. Orang pun langsung tak bertembung dengan kami empat masa ulang alik naik lift. Kebetulan juga hari tu 28 haribulan. Kami parking di lot C28 juga. Haha..
Itu sahaja kisah dari aku. Harap berdoa, bawalah buku sembahyang, orang apa-apa sahaja berkaitan agama supaya boleh hindari kita dari benda jahat. Sebenarnya , ia memang wujud karna ia juga makhluk Tuhan.

No comments:

Post a Comment