Andaikata barangan antik dari negara Eropah itu berada di Malaysia pasti anda tidak berasa hairan kerana mereka memang terkenal sebagai bangsa pelayar yang sudah cukup lama.
Tapi kali ini bagaimana pula sekiranya barangan peninggalan warisan dari nenek moyang suku bangsa dari Malaysia atau Indonesia berada di sebatang sungai bernama Towy, di Wales, United Kingdom?
Ceritanya begini, seorang lelaki bernama Andrew Davies iaitu ketua Asosiasi Carmathen Coracle and Netsman, sedang memancing di atas perahu di salah satu di antara dua sungai terpanjang di Wales iaitu Sungai Towy.
Ketika berada di jambatan (mungkin di bawahnya) Sungai Towy, Andrew menemui sebilah pedang dengan sarungnya lalu mengambilnya dan membuka sarung pedang tersebut.
Andrew tertarik dengan pedang pusaka yang ditemuinya itu lalu membawa ke Muzium Carmarthenshire untuk dirujuk, namun Gavin Evans seorang kurator di muzium itu pula menggambar lalu mengirimkan foto pedang tersebut di sebuah muzium di London.
Gavin masih lagi menunggu keputusan dari muzium di London tetapi menurutnya pada mulanya dia beranggapan ia adalah milik budaya Rom tetapi setelah kajian lebih dalam dan terperinci dilakukan ia sebenarnya bukan pedang tetapi adalah sebilah keris yang berasal dari Asia Tenggara kemungkinan dari Malaysia!
Menurut Gavin lagi, keris tersebut memiliki banyak hiasan, dan pemegangnya diperbuat dari kayu, tulang, dan beberapa bahan dari logam.
“Saya menduga keris ini telah berada di bawah lumpur dan air dalam waktu sangat lama sehingga menjadi berkarat seperti ini.” kata Gavin.
Jika ia benar dari Malaysia atau Indonesia, siapakah gerangannya dari Nusantara yang berada di Sungai Towy, Wales beratus tahun dahulu?
No comments:
Post a Comment