Nothing, Arizona. Populasi: 4, tetapi sewaktu saya berada di sana, saya tidak bertemu dengan 4 orang ini, sebaliknya, saya “berkawan” dengan kaktus gergasi, Saguaro(sa-wa-ra), yang hanya terdapat di selatan Arizona dan sedikit di California di AS ini. Tiada nama lain kah selain Nothing? Unik, bukan?

Zzyzx, California
Pada asalnya ialah sebuah komuniti kecil bernama Soda Spring di California, dekat sempadan California-Nevada. Kawasan pra-sejarah ini telah lama menyaksikan kehidupan manusia yang berpusat di oasis yang terdapat di tengah-tengah kawasan gurun Mojave. Nama “Zzyzx” diberikan oleh Curtis Springer pada tahun 1944, sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk meletakkan pekan ini di barisan terakhir buku Yellow Pages! Dia berjaya, akan tetapi pekan ini mati begitu sahaja berikutan kekurangan pengunjung kerana lokasi yang agak jauh dari bandar lainnya.
Pada asalnya ialah sebuah komuniti kecil bernama Soda Spring di California, dekat sempadan California-Nevada. Kawasan pra-sejarah ini telah lama menyaksikan kehidupan manusia yang berpusat di oasis yang terdapat di tengah-tengah kawasan gurun Mojave. Nama “Zzyzx” diberikan oleh Curtis Springer pada tahun 1944, sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk meletakkan pekan ini di barisan terakhir buku Yellow Pages! Dia berjaya, akan tetapi pekan ini mati begitu sahaja berikutan kekurangan pengunjung kerana lokasi yang agak jauh dari bandar lainnya.

Gambar ini ialah saya berjalan di atas garam di pinggi Zzyzx.
5. Daerah Yolo

Satu-satunya daerah di dunia yang dinamakan Yolo, dinamakan sempena nama sebuah sungai yang mengalir di situ. Pekan ini kemudiannya menjadi popular gara-gara terma “YOLO” atau “You only live once“.

Namun yang demikian, masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan pekan ini, dan sewaktu saya di sini, rakan-rakan menyangka saya bergurau. Yolo ini kecil sahaja, tetapi mereka ada balai bomba dan juga pejabat pos, juga bernama Yolo.
6. Nombor plat – sesuka hati boleh reka dan daftarkan

Salah satu cara untuk melihat warga AS berkreatif di atas jalan ialah dengan undang-undang “JPJ” mereka di mana setiap pemilik kereta boleh memilih apa sahaja nama yang mereka suka untuk didaftarkan sebagai nombor kereta mereka asalkan tidak melebihi 7 aksara.

Saya gemar mengambil gambar nama-nama yang menarik, contohnya kereta “CHICKEN” dari Negeri Alaska ini dan yang lainnya. Akan tetapi, jika negeri anda sudah terdapat satu nama CHICKEN, maka anda tidak boleh lagi menggunakan nama tersebut. Kalau di Malaysia dibenarkan berbuat yang begini, macam-macam namalah yang akan kita lihat! Yang menariknya juga mengenai keistimewaan ini ialah anda boleh “customized” secara percuma! Ya, tanpa perlu “bidding” atau bayaran yang mahal macam di Malaysia yang tidak membenarkan pemilik kereta menjadi terlebih kreatif.
8. Hotel berupa anjing

Pelik tapi wujud. Pada trip merentas 34 negeri di AS musim panas lepas, saya berkesempatan menetap selama satu malam di hotel yang mana antara paling pelik di dunia, hotel berbentuk anjing yang terletak di Cottonwood, Negeri Idaho.
Frances dan Denis, iaitu arkitek dan pereka serta pemilik hotel ini sangat gemarkan anjing. Mula-mula hanya hobi, Dog Bark Park Inn kini telah menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia. Hotel ini juga disenaraikan di Airbnb, tetapi anda memang harus berebut jikalau ingin bermalam di sini berikutan permintaan yang sangat tinggi.
9. Wormsloe Historic Plantation – di mana terletaknya jalan pokok oak hidup terpanjang dan satu-satunya di dunia

Terletak di Savannah, Negeri Georgia, jaluran pokok oak tang ditanam pada tahun 1800an ini telah menarik perhatian ramai jurugambar terkenal berikutan kecantikan dan keunikannya yang tersendiri.
Jika anda Google nama tempat ini, nescaya jalan pokok oak hidup ini yang akan muncul dan hanya jalan ini yang akan muncul kerana tidak ada jaluran pokok oak yang terpanjang dan juga yang masih hidup terdapat di mana-mana di dunia ini melainkan di sini. Panjang jalan ini ialah 2.4 km dan percayalah, tempat ini tiada yang lainnya.
10. Makanan astronaut – boleh didapati di pasaraya

Bukan kebiasaan untuk kita lihat apatah lagi merasa makanan yang dikhaskan untuk misi angkasa. Di AS, anda boleh merasai beberapa makanan yang direka khas untuk dibawa dan seterusnya dinikmati di angkasa oleh para angkasawan.

Paling popular ialah aiskrim Neapolitan “freeze-dried” ini. Ya, ini ialah aiskrim yang telah dibeku-keringkan. Rasanya sama seperti aiskrim, cuma ianya tidak sejuk, sebaliknya akan terasa seperti memakan biskut.
Anda tinggal di luar negara? Jika ye kongsikan dengan kami perkara pelik yang ada di sana tapi tiada di Malaysia.
No comments:
Post a Comment